Khamis, 2 Oktober 2014

PENGENALAN

Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini sudah menjadi suatu kaedah yang cukup membosankan dan kurang relevan untuk digunakan. Ini menyebabkan pentadbir pendidikan berusaha untuk usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah agar PdP yang dilaksnakan menarik dan terkesan kepada murid. Tambahan pula sistem pendidikan baharu di Malaysia (KSSR), telah  menekankan kepada proses PdP yang mengutamakan aktiviti murid atau pun konsep pembelajaran berasaskan murid. Di mana murid yang digelar sebagai “pelanggan” ini akan berpuas hati, dan sekaligus mencapai matlamat yang diinginkan.

Penggunaan beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin berkembang, terutamanya dalam peranan komputer yang kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan dengan teknologi yang semakin canggih, konsep komputer itu sendiri dikatakan dapat memberikan banyak pilihan kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio, grafik, bunyi dan sebagainya.

Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Secara umumnya, PdP berbantukan komputer ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini.


Sekali gus, pembelajaran berbantukan komputer ini pasti membawa makna besar dalam  bidang pendidikan. Dengan kata lain PdP berbantukan komputer ini merujuk kepada penggunaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan selain mampu menarik minat murid, dan menjadikan sesuatu PdP tersebut berkesan dan Berjaya.