Penggunaan
kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini sudah menjadi suatu kaedah
yang cukup membosankan dan kurang relevan untuk digunakan. Ini menyebabkan pentadbir
pendidikan berusaha untuk usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
di sesebuah sekolah agar PdP yang dilaksnakan menarik dan terkesan kepada murid.
Tambahan pula sistem pendidikan baharu di Malaysia (KSSR), telah menekankan kepada proses PdP yang mengutamakan
aktiviti murid atau pun konsep pembelajaran berasaskan murid. Di mana murid
yang digelar sebagai “pelanggan” ini akan berpuas hati, dan sekaligus mencapai
matlamat yang diinginkan.
Penggunaan
beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin berkembang,
terutamanya dalam peranan komputer yang kini dikatakan mendominasi sistem
pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan dengan teknologi yang semakin
canggih, konsep komputer itu sendiri dikatakan dapat memberikan banyak pilihan
kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio, grafik, bunyi dan sebagainya.
Pengajaran
Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Secara umumnya, PdP berbantukan
komputer ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam
mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk
perisian ini.
Sekali
gus, pembelajaran berbantukan komputer ini pasti membawa makna besar dalam bidang pendidikan. Dengan kata lain PdP
berbantukan komputer ini merujuk kepada penggunaan alat pengarangan yang
mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan
menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan selain mampu
menarik minat murid, dan menjadikan sesuatu PdP tersebut berkesan dan Berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan